Logo Jabatan Air Negeri Sabah - Sabah

Jabatan Air Negeri Sabah -Sabah state water department - latest

LATAR BELAKANG

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI). Pada masa ini, JANS menjalankan fungsi di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 bagi mengawal dan mengawalselia pembekalan dan pengagihan air terawat kepada penduduk Negeri Sabah.
Terdapat 55 loji perawatan air beroperasi di seluruh Sabah dengan purata pengeluaran 1.05 billion liter air sehari bagi memenuhi keperluan penduduk di negeri ini. Liputan bekalan air ini telah merangkumi ke tahap 99.8% penduduk bandar dan 69% penduduk luar bandar dengan panjang rangkaian paip air sebanyak 10,499 km. Terdapat 385,821 pengguna berdaftar dengan JANS melalui 9 buah Pejabat Air Bahagian dan 18 buah Pejabat Air Daerah di seluruh negeri.

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AIR NEGERI SABAH

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada asalnya menjalankan operasi sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Bahagian Haidrolik, JKR. Semasa bernaung di bawah JKR, bidangkuasa Pihak Berkuasa Air sebagaimana yang termaktub di dalam Ordinan Bekalan Air Sabah 1961 (yang dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 1962), adalah dipertanggungkan kepada Pengarah JKR Negeri Sabah.
Pada bulan April 1987, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menjadikan Jabatan Air sebagai sebuah Jabatan penuh di bawah tanggungjawab seorang Pengarah dan diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya Sabah yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI).
Berikutan daripada itu, JANS telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai satu Jabatan sendiri berkuatkuasa 1hb. Januari 1988 dengan kelulusan pindaan-pindaan kepada Ordinan Bekalan Air, 1961 oleh Dewan Undangan Negeri.
Bagi menjalankan bidangkuasa, fungsi dan tanggungjawabnya, Pengarah Air telah diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Air melalui pindaan yang dibuat pada 1hb. Julai 1987 ke atas taksiran Pihak Berkuasa Air dengan menggantikan ‘Director of Public Works’ kepada ‘Director of Department’ dalam seksyen 2 Ordinan Bekalan Air 1961 di samping memansuhkan Enakmen Pihak Berkuasa Air Negeri Sabah 1981 (Sabah Water Authority Enactment 1981). 
Sumber